Saturday, February 27, 2010

KEJERNIHAN LATA KINJANG

0 comments

Lata Kinjang
Lata Kijang merupakan air terjun yang ketinggiannya mencecah 850 meter, terletak kira-kira 18 kilometer dari Tapah. Dari pekan Tapah pengunjung dikehendaki mengikuti jalan Persekutuan yang jaraknya kira-kira 13 kilometer menuju ke pekan Cenderiang iaitu sebuah pekan lama yang paling hampir dengan kawasan air terjun tersebut.
Selain bermandi-manda, ada juga pengunjung yang datang ke sini mengambil kesempatan untuk berkelah, mengadakan aktiviti riadah dan lasak.
Terdapat perkampungan orang asli berhampiran dengan kawasan rekreasi ini. Kita boleh melihat tradisi kehidupan mereka. Saling menghormati dan mempercayai satu sama lain boleh dicontohi oleh masyarakat

KAPAL KARAM LABUAN, SABAH

0 comments



Kapal Karam Labuan

Labuan ialah sebuah pulau yang terletak di Laut China Selatan, berhampiran persisiran pantai Sabah, di Malaysia Timur. Oleh sebab lokasinya yang strategik, Labuan telah dijadikan pelabuhan dagangan dan pengkalan tentera oleh beberapa kuasa besar asing dan tempatan sejak kurun ke-19.
Terdapat empat buah tapak selaman kapal karam yang paling kerap dikunjungi penyelam di sini. Ia merupakan kapal pedagang yang karam sekitar tahun 1980.
Dua di antaranya karam ketika Perang Dunia 'American Wreck' dan 'Australian Wreck', kedua-duanya ditenggelamkan oleh tentera Jepun di penghujung Perang Dunia Kedua. Kedua-duanya kapal karam ini dalam keadaan yang agak baik dan terletak di tahap selaman yang selamat pada kedalaman 33 m. Tapak ketiga pula dinamakan 'Cement Wreck' yang karam 20 tahun yang lalu dan merupakan tapak selaman kapal karam yang terbaru di kawasan perairan ini .
Tapak ini juga adalah yang paling cetek dan paling mudah untuk diselami, lebih-lebih lagi bagi penyelam yang kurang berpengalaman. Tetapi, tapak yang paling popular di Labuah ialah 'Blue Water Wreck' yang terletak di bahagian timur-laut Labuan. Tapak ini dinamakan sempena air laut yang sangat biru di mana ianya dijumpai.
Jarak penglihatan di tapak selaman ini adalah yang paling jauh antara tapak-tapak selaman di sini. Kapal yang karam di tapak ini bernama 'Mabini Padre' merupakan sebuah kapal menunda ikan yang besar dari Filipina yang terbakar dan karam pada tahun 1981.
Ianya adalah kapal karam yang sangat menarik bagi para penyelam kerana keseluruhan badan kapal ini masih sempurna. Ia juga memberi perlindungan bagi pelbagai jenis hidupan laut seperti karang lembut, ikan kerapu dan ikan telinga gajah. Ada juga beberapa tapak selaman kapal karam lain yang menarik di kawasan ini.
Tetapi, anda perlu berhati-hati kerana ada di antara tapak selaman ini yang hanya disarankan untuk penyelam yang banyak pengalaman. Pusat Menyelam di sini boleh membantu anda memilih tapak selaman yang sesuai dengan tahap pengalaman anda.

MALIAU BASIN

0 comments

Maliau Basin

Kawasan Maliau adalah sebuah kawasan tadahan semulajadi, dan tidak pernah diterokai selama berjuta tahun lamanya.
Baru-baru ini, kawasan Maliau yang teretak di selatan Sabah mulai diterokai. Ia merupakan kawasan cantik yang memiliki kekayaan alam semulajadi yang unik.
Di sini, terdapat lebih 30 spesies mamalia, 270 spesies burung dan lebih 80 spesies bunga orkid, yang berharga dan hampir pupus turut ditemui. Terdapat juga kawasan air terjun ditemui di sepanjang kawasan tadahan ini.
Sungai Maliau mengalir ke arah kawasan curam di bahagian tenggara menuju Sungai Kuamut. Aliran air sungai ini kemudian mengalir ke Sungai Kinabatangan, sungai terpanjang di Sabah.
Terlalu banyak yang belum diterokai di kawasan alam semulajadi yang kaya dengan flora dan fauna ini.
Oleh kerana kepentingannya kepada ekosistem, pengunjung ke sini turut dihadkan, terutamanya di kawasan kem-kem yang disediakan

KEPELBAGAIAN LAUT

0 comments



Pulau Sipadan

Mendiang Jacques Cousteau seorang penyelidik laut yang terkenal di dunia menggambarkan Pulau Sipadan sebagai 'hasil seni agung yang tidak diusik manusia', sementara para penyelam skuba di merata dunia memilih pulau ini sebagai salah satu dari lima destinasi menyelam yang terunggul di dunia.
Pulau Sipadan mempunyai saiz yang agak kecil iaitu seluas 12 hektar dan satu-satunya pulau laut dalam di Malaysia. Pelawat boleh berjalan mengelilingi pulau ini di dalam masa 25 minit sahaja. Ianya terletak kira-kira 700 meter dari aras dasar laut dan menjadi tarikan kepada pelbagai hidupan laut yang datang dari dasar laut. Pulau yang di kelilingi air laut yang bersih dan jernih ini mempunyai kekayaan hidupan laut yang menakjubkan.
Hutan tebal di pulau ini menampung sejumlah besar spesis burung tropika termasuk helang laut, burung rajawali, 'sunbird', 'starling' dan merpati kayu dan telah diisytiharkan sebagai kawasan perlindungan burung pada tahun 1933 oleh Kerajaan kolonial Borneo Utara dan diwartakan semula pada tahun 1963 oleh Kerajaan Malaysia. Hidupan krustasia eksotik termasuk ketam kelapa bertaburan di pantai dan bersembunyi di celah-celah tumbuhan di sini.
Sewaktu menyelam di sini, para penyelam skuba mempunyai peluang yang tinggi untuk menemui penyu, kumpulan ikan aji-aji, 'bumphead parrotfish' dan ikan alu-alu yang banyak terdapat di sekitar perairan pulau terumbu karang ini.

KEUNIKAN TAMAN LAUT PULAU TIGA,BAWAH BAYU

0 comments


Taman Laut Pulau Tiga


Pulau Tiga adalah pulau terbesar di antara tiga pulau yang membentuk Taman Laut Pulau Tiga. Pemandangan indah dan persekitaran yang bersih telah menarik minat Rangkaian TV CBS dari Amerika untuk menggunakan pulau ini sebagai lokasi utama bagi penggambaran rancangan 'Survivor' yang popular lantas memberikan gelaran 'Survivor Island' kepada pulau ini.
Pulau ini terbentuk selepas ledakan beberapa buah gunung berapi lumpur. Ledakan terakhir berlaku pada tahun 1941 dan sejak itu, gunung berapi lumpur tersebut telah kekal pasif. Beberapa buah lahang yang mengeluarkan lumpur mengandungi mineral yang tinggi dan masih boleh ditemui berhampiran puncak tertinggi di pulau ini. Kepercayaan yang lumpur ini baik untuk kulit menjadikan aktiviti bermandi lumpur sangat terkenal di pulau ini.
Hutan hijau yang tebal di pulau ini menyediakan perlindungan yang nyaman, sementara pasir pantai yang halus dan putih serta air laut yang jernih menggamit pelawat ke sini. Terumbu karang di sekeliling pulau ini memberi perlindungan kepada pelbagai spesis ikan dan hidupan laut yang lain. Antara aktiviti yang menanti anda di sini termasuk menyelam skuba, sukan air tidak bermotor, meneroka hutan, memerhati burung dan bermandi lumpur.
Ibupejabat Taman Laut terletak di bahagian selatan pulau ini tidak jauh dari Pulau Tiga Resort.

Friday, February 26, 2010

KEUNIKAN PASAR PAYANG

0 comments

Pasar Payang

Pasar Pusat yang dikenali sebagai Pasar Payang terletak di tepi Sungai Terengganu dan merupakan salah sebuah destinasi pelancong yang paling terkenal di Kuala Terengganu. Pasar yang terletak di dalam sebuah bangunan moden ini menawarkan pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional seperti batik, kain sutera, songket, kain brocade and barangan logam serta sayur-sayuran yang segar.
Pelawat yang berkunjung ke pasar ini tentu seronok membeli barangan tempatan di sini pada harga yang murah. Pasar ini juga merupakan tempat yang sesuai untuk memerhati dan memahami budaya di sini sambil memerhati penduduk tempatan sibuk membeli-belah di sini.

TAMAN NEGARA BAKO

0 comments


Taman Negara Bako
Taman negara yang tertua di Sarawak ini diasaskan pada tahun 1957 merangkumi kawasan seluas 27 km persegi terletak kira-kira 37 km dari bandaraya Kuching.
Taman negara ini terkenal dengan persekitaran semulajadi yang mempesona, habitat, tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar.
Tarikan utama di sini ialah teluknya yang terlindung serta tanjung berbatu dengan tebing curam yang mengagumkan berhadapan dengan Laut China Selatan.
Ombak laut, air masin dan angin kuat telah mengukir gerbang dan tiang batu semulajadi di kaki tebing sehingga ada yang menerjah permukaan laut bagaikan kepala naga. Pembentukan batu pasir di tebing tampak kemerahan disebabkan kandungan besi yang ada.
Di pedalaman pula, air terjun mengalir ke dalam takungan kolam air tawar diiringi ketenteraman persekitaran hutan yang hijau segar.