Saturday, February 27, 2010

KAPAL KARAM LABUAN, SABAH




Kapal Karam Labuan

Labuan ialah sebuah pulau yang terletak di Laut China Selatan, berhampiran persisiran pantai Sabah, di Malaysia Timur. Oleh sebab lokasinya yang strategik, Labuan telah dijadikan pelabuhan dagangan dan pengkalan tentera oleh beberapa kuasa besar asing dan tempatan sejak kurun ke-19.
Terdapat empat buah tapak selaman kapal karam yang paling kerap dikunjungi penyelam di sini. Ia merupakan kapal pedagang yang karam sekitar tahun 1980.
Dua di antaranya karam ketika Perang Dunia 'American Wreck' dan 'Australian Wreck', kedua-duanya ditenggelamkan oleh tentera Jepun di penghujung Perang Dunia Kedua. Kedua-duanya kapal karam ini dalam keadaan yang agak baik dan terletak di tahap selaman yang selamat pada kedalaman 33 m. Tapak ketiga pula dinamakan 'Cement Wreck' yang karam 20 tahun yang lalu dan merupakan tapak selaman kapal karam yang terbaru di kawasan perairan ini .
Tapak ini juga adalah yang paling cetek dan paling mudah untuk diselami, lebih-lebih lagi bagi penyelam yang kurang berpengalaman. Tetapi, tapak yang paling popular di Labuah ialah 'Blue Water Wreck' yang terletak di bahagian timur-laut Labuan. Tapak ini dinamakan sempena air laut yang sangat biru di mana ianya dijumpai.
Jarak penglihatan di tapak selaman ini adalah yang paling jauh antara tapak-tapak selaman di sini. Kapal yang karam di tapak ini bernama 'Mabini Padre' merupakan sebuah kapal menunda ikan yang besar dari Filipina yang terbakar dan karam pada tahun 1981.
Ianya adalah kapal karam yang sangat menarik bagi para penyelam kerana keseluruhan badan kapal ini masih sempurna. Ia juga memberi perlindungan bagi pelbagai jenis hidupan laut seperti karang lembut, ikan kerapu dan ikan telinga gajah. Ada juga beberapa tapak selaman kapal karam lain yang menarik di kawasan ini.
Tetapi, anda perlu berhati-hati kerana ada di antara tapak selaman ini yang hanya disarankan untuk penyelam yang banyak pengalaman. Pusat Menyelam di sini boleh membantu anda memilih tapak selaman yang sesuai dengan tahap pengalaman anda.

No comments:

Post a Comment